Tajuk
PERANAN MASJID DI KARIAH SAYA
DISEDIAKAN UNTUK
USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU101
DISEDIAKAN OLEH
WAN MUHAMMAD SYAZWAN BIN WAN MOHD SHAFIEE
2010416822
ECD1De
PROGRAM
DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM
(EC110)
ISI KANDUNGAN
- Abstrak
- Pendahuluan
- Sejarah
- Lokasi
- Program Aktiviti/Peranan
- Biodata Imam dan Bilal
- Harapan
- Kesimpulan
- Rujukan
ABSTRAK
- TAJUK
- PENGERTIAN
TAJUK
PERANAN MASJID DI KARIAH SAYA
ABSTRAK
"Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,serta yang tetap mendirikan solat ,menunaikan zakat, dan tidak takut (kepada sesiapapun)selain kepada Allah,maka merekalah orang-orang yang mendapat pentunjuk"
At-Taubah ayat 18
PENGERTIAN
Dalam Al-Quran,Masjid disebut sebagai As-Saf,Al Haram,Al Bait dan A Buyut bagi menunjukkan bahasa masjid adalah Rumah Allah tempat dimana orang-orang islam sujud dan tunduk hanya kepada Allah semata-mata. Rasulullah s.a.w apabila samai di Quba',semasa hijrah Baginda ke Madinah, perkara utama dilakukan ialah membina masjid yang dikenali dengan Masjid Quba'.begitu juga apabila baginda sampai di Madinah Al Munawarah, agenda pertama Rasulullah ialah membina masjid.Ini menunjukkan betapa pentingnya masjid sebagai pusat gerakan islam dan pentadbiran serta pengurusan masyarakat islam dari semua aspek sama ada ibadah khususiah dan pentadbiran politik umat islam.
MASJID MENJADI PUSAT:
- Penyebaran ilmu
- Pentadbiran
- Ekonomi
- Ukhuwwah
- Mahabbah dikalangan umat islam
PENDAHULUAN
Alhamdullilah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dan InayahNya,maka saya menyiapkan tugasan CTU101.Tujuan bertujuan untuk melahirkan insan yang betul -betul memahami kepentingan masjid bagi umat islam dan ingin mengembalikan kehendak islam yang sebenar iaitu menjadikan Masjid benar-benar Rumah Allah yang dikasihi dan dihormati.
Bagi menyiapkan tugasan ini,saya telah menemu bual Imam Masjid Al-Husna Baung Bayam.beliau ialah Tuan Haji Yaacob Bin Awang.Selain itu,buku Profil Masjid Al-Husna Baung Bayam juga telah menjayakan lagi tugasan ini.
SEJARAH
Sejarah masjid Al-Husna yang tersergam indah di Kampung Baung Bayam ini bermula dengan pembukaan surau yang kecil di tapak yang ada sekarang.pembesaran surau kemudian dinaikkan ke taraf masjid dilaksanakan berdasarkan pekembangan penduduk yang semakin bertambah.
Surau Kampung Baung Bayam mula dibina pada tahun 1935 sekembalinya pengasas pertama iaitu Allayarham Tuan Haji Yusof bin Haji Ismail dari Mekah.dengan inisiatif dan kesedaran betapa perlunya satu tempat ibadah kaum muslimin tempatan ,lalulah beliau dan penduduk bergotong royong membina surau tersebut.beliau telah menjadi imam yang pertama bagi surau ini.jasa Allayarham sangat besar dalam meningkatkan syiar islam di Kampung Baung Bayam dan penduduk sekitarnya.beliau pulang ke Rahmatullah pada tahun 1952.
Sekembalinya ke Rahmatullah pengasas surau ini,maka imam surau telah diambil alih oleh Allayarham Tuan Haji Muhamad Zain Bin Haji Awang.Beliau berasal dari Pasir Puteh tetapi bermastutin di Kampung Baung Bayam setelah kembalinya beliau dari menuntut ilmu agama di Mekah.pada masa ini surau yg kecil telah diperbesarkan sedikit demi dedikit,walau bagaimanapun masih lagi dibuat dari kayu.Allayarham Tuan Haji Muhamad Zain telah membimbing dan mendidik anak mukim dengan ilmu agama yang diperolehi di Mekah dengan gigih sehinggalah beliau berhenti menjadi imam pada bulan januari 1975.
Bermula pada 2 september 1975,imam Masjid Kampung Baung Bayam telah diambil alih oleh Al Fadhil Haji Yaacob Bin Awang.Pemilihan imam pada masa itu ialah dengan cara mengundi oleh anak mukim.pengundian ini dibuat pada hari jumaat dan diperhatikan oleh ahli masjid Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
Anak mukim Kampung Baung Bayam makin bertambah dengan ramai yang membeli tanah membeli tanah dan mendirikan rumah di kawasan ini.memandangkan peningkatan penduduk ini, maka pada tahun 1982, satu masjid yang diperbuat dari konkrit telah dirancang dan dibina diatas tapak yg sama.kejayaan membina masjid baru yang dinamakan Masjid Al Husna ini adalah berkat kerjasama semua penduduk dibawah kepimpinan Imam Tuan Haji Yaacob Bin Awang. Pihak Ahli Jawatankuasa Masjid juga telah membeli lot. 833 luasnya 244 depa disebelah lot masjid untuk dijadikan tempat letak kenderaan.
Sehingga kini, imam dan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Masjid masih lagi berpegang oleh Al Fadhil Tuan Haji Yaacob Bin Awang.
LOKASI
Masjid Al Husna terletak di Kampung Baung Bayam dalam Mukim Bayang yang sempadan dengan Padang Bongor dan Pauh di sebelah utara, Mukim Pauh di sebelah barat, Mukim Langgar di sebelah timur dan Mukim Teluk Baru di sebelah selatan. Kampung Baung Bayam berada dalam seksyen 50 di bawah Majlis Pembandaran Kota Bharu.
Kampung yang bersempadan dengan Kampung Baung Bayam ialah Kampung Tapang ,Kampung Belukar,Kampung Kechapi,Kampung Paya Rambai dan Kampung Padang Bongor.
Nombor lot bagi Tapak Masjid ialah lot 1385 Mukim Bayang dan lot 833 adalah lot untuk letak kenderaan dan lot 777 terdapat gelanggang badminton,bangsal pelbagai guna serta alat pekakas masakan.
PERANAN DAN PROGRAM AKTIVITI
- AKTIVITI KEAGAMAAN
1.1 Kuliah agama dan belajar Al Quran diadakan sepanjang tahun untuk orang dewasa dan para jamaah
HARI | MASA | AKTIVITI | PENYAMPAI |
JUMAAT | 10.00-11.30 PAGI | Kuliah Agama untuk kaum Muslimat | Pn. Hjh. Meriam |
Selepas Maghrib | Kuliah Feqah | Hj. Wan omar b. wan abdullah | |
SABTU | Selepas Maghrib | Kuliah hadis | Hj. Ibrahim |
AHAD | Selepas Maghrib | Kuliah Tauhid | Hj. Wan Hassan b. Wan Sulaiman |
ISNIN | Selepas Maghrib | Belajar Al Quran | Hj. Daud b. Hamad |
SELASA | Selepas Maghrib | Kuliah Feqah | Hj. Ibrahim |
RABU | Selepas Maghrib | Belajar Al Quran | Hj. Daud b. Hamad |
KHAMIS | Selepas Maghrib | Tafsir Al Quran | Hj. Yaacob b. Awang |
1.2 Kelas Fardu'ain untuk kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun diadakan pada setiap petang jumaat dan sabtu, mulai jam 3 petang hingga waktu Asar. Hampir 120 kanak-kanak(lelaki dan perempuan) yang mengikuti program ini dengan tenaga pengajar seramai 2 orang.
1.3 Ruang 'Renungan Sepotong Hadith' oleh bilal Haji Muhamed bin Mat Ali diadakan setiap pagi selepas subuh, kecuali pada pagi jumaat diadakan kuliah subuh oleh tuan imam sendiri.
2.1 Majlis berbuka puasa secara besaran-besaran diadakan setiap tahun dengan anggaran 1000 orang terdiri daripada anak mukim dan jemputan khas.Manakala pada tiap-tiap bulan ramadhan diadakan majlis berbuka puasa di perkarangan masjid diantara 30 hingga 50 orang anak mukim dan juga musafir. Orang perseorangan Kampung Baung Bayam mendaftarkan diri untuk menyediakan peruntukan berbuka puasa mengikut giliran seperti yang ditetapkan dalam jadual.
2.2 Mengadakan majlis-majlis sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti;
2.4 Menyediakan sebuah 'pengusung jenazah' yang diperbuat daripada aluminium dan 'palung' tempat memandi mayat untuk kegunaan anak mukim.
2.5 Menyediakan rak-rak aluminium dalam masjid untuk meletakan kitab-kitab agama dan Al-Quran bagi kegunaan jemaah.
2.6 Mengadakan peralatan-peralatan masakan serta pinggan mangkuk yang mencukupi untuk jamuan bagi satu-satu majlis yang diadakan.
2.7 Menganjurkan majlis berkhatan beramai ramai kepada anak anak sekitar Kampung Baung Bayam tiap tiap tahun sekali dalam cuti penggal sekolah.
2.8 Pihak Muslimat tidak ketinggalan mengadakan aktiviti seperti Qorban lembu seperna Hari Raya Aidil Ahda secara permuafakatan pada tiap tiap tahun.
3.AKTIVITI EKONOMI
3.1 Mengadakan kutipan derma pada tiap tiap hari jumaat,selepas solat jumaat dan hari hari perayaan.
3.2 Menerima derma dan sumbangan kewangan daripada dermawan dan orang peseorangan dari masa ke semasa untuk tujuan pembangunan dan keceriaan masjid.
3.3 Menubuhkan tabung kebajikan untuk anak anak yatim ,golongnan miskin serta anak anak mukim yang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.
3.4 Mengadakan tabung kutipan derma khas untuk majlis berbuka puasa pada tiap tiap tahun.
3.5 Pemberian zakat kepada anak yatim dan fakir miskin.
4.AKTIVITI PELAJARAN
4.1 Mengadakan perpustakaan mini di bilik pentadbiran masjid.para remaja atau pelajar-pelajar sekolah anak mukim boleh la bertelaah atau mengadakan diskusi berkumpulan selain daripada membaca buku-buku agama dan bahan-bahan bacaan yang disediakan.
4.2 buat pertama kali pada hari jumaat 24.7.1998, pihak biro pendidikan masjid telah menganjuran seminar teknik menjawab soalan UPSR 1998 terbuka kepada murid dari sekolah-sekolah di sekitar Mukim Baung Bayam dan sekolah-sekolah lain secara percuma .seramai 430 orang murid telah menyertai program ini.Dan sehinggalah sekarang, seminar tersebut tetap diteruskan.biasanya seminar sebegini diadakan 1 bulan sebelum tarikh peperiksaan bermula.
5. AKTIVITI RAKAN MASJID
5.1 Biro rakan masjid telah mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan ping pong terbuka dan sukan-sukan lain terbuka kepada belia-belia Mukim Baung Bayam pada bulan september iaitu musim cuti sekolah.
5.2 Aktiviti-aktiviti seperti perkelahan ,syarahan agama atau apa-apa sahaja aktiviti-aktiviti yang difikirkan dapat memuatkan belia-beliawanis mendekati ajaran islam.
BIODATA IMAM DAN BILAL
1.3 Ruang 'Renungan Sepotong Hadith' oleh bilal Haji Muhamed bin Mat Ali diadakan setiap pagi selepas subuh, kecuali pada pagi jumaat diadakan kuliah subuh oleh tuan imam sendiri.
1.4 Program q\Qiamulai diadakan pada setiap malam jam 3.00 pagi bila tiba bulan Ramadhan.Diketuai oleh Tuan Haji Ubaidah Bin Haji Yaakub dan Tuan Haji Mohd. Kamil Bin Daud.
2, AKTIVITI KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN
2.2 Mengadakan majlis-majlis sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti;
- Maulid rasul
- Maal Hijrah
- Nisfu Sya'ban
- Isra' M'raj- dan lain-lain
2.4 Menyediakan sebuah 'pengusung jenazah' yang diperbuat daripada aluminium dan 'palung' tempat memandi mayat untuk kegunaan anak mukim.
2.5 Menyediakan rak-rak aluminium dalam masjid untuk meletakan kitab-kitab agama dan Al-Quran bagi kegunaan jemaah.
2.6 Mengadakan peralatan-peralatan masakan serta pinggan mangkuk yang mencukupi untuk jamuan bagi satu-satu majlis yang diadakan.
2.7 Menganjurkan majlis berkhatan beramai ramai kepada anak anak sekitar Kampung Baung Bayam tiap tiap tahun sekali dalam cuti penggal sekolah.
2.8 Pihak Muslimat tidak ketinggalan mengadakan aktiviti seperti Qorban lembu seperna Hari Raya Aidil Ahda secara permuafakatan pada tiap tiap tahun.
3.AKTIVITI EKONOMI
3.1 Mengadakan kutipan derma pada tiap tiap hari jumaat,selepas solat jumaat dan hari hari perayaan.
3.2 Menerima derma dan sumbangan kewangan daripada dermawan dan orang peseorangan dari masa ke semasa untuk tujuan pembangunan dan keceriaan masjid.
3.3 Menubuhkan tabung kebajikan untuk anak anak yatim ,golongnan miskin serta anak anak mukim yang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.
3.4 Mengadakan tabung kutipan derma khas untuk majlis berbuka puasa pada tiap tiap tahun.
3.5 Pemberian zakat kepada anak yatim dan fakir miskin.
4.AKTIVITI PELAJARAN
4.1 Mengadakan perpustakaan mini di bilik pentadbiran masjid.para remaja atau pelajar-pelajar sekolah anak mukim boleh la bertelaah atau mengadakan diskusi berkumpulan selain daripada membaca buku-buku agama dan bahan-bahan bacaan yang disediakan.
4.2 buat pertama kali pada hari jumaat 24.7.1998, pihak biro pendidikan masjid telah menganjuran seminar teknik menjawab soalan UPSR 1998 terbuka kepada murid dari sekolah-sekolah di sekitar Mukim Baung Bayam dan sekolah-sekolah lain secara percuma .seramai 430 orang murid telah menyertai program ini.Dan sehinggalah sekarang, seminar tersebut tetap diteruskan.biasanya seminar sebegini diadakan 1 bulan sebelum tarikh peperiksaan bermula.
5. AKTIVITI RAKAN MASJID
5.1 Biro rakan masjid telah mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan ping pong terbuka dan sukan-sukan lain terbuka kepada belia-belia Mukim Baung Bayam pada bulan september iaitu musim cuti sekolah.
5.2 Aktiviti-aktiviti seperti perkelahan ,syarahan agama atau apa-apa sahaja aktiviti-aktiviti yang difikirkan dapat memuatkan belia-beliawanis mendekati ajaran islam.
BIODATA IMAM DAN BILAL
IMAM
- NAMA : HAJI YAACOB BIN AWANG
- NO. KAD PENGENALAN : 421101-03-5225
- TARIKH LAHIR : 1/NOVEMBER/1942
- TEMPAT LAHIR : KAMPUNG BAUNG BAYAM
- ALAMAT TERAKHIR : 701,JALAN DATO' LUNDANG
- UMUR : 68 TAHUN
- JUMLAH ADIK-BERADIK : 11 ORANG
- TARAF PERKAHWINAN : BERKAHWIN
- NAMA ISTERI : PUAN HAJJAH ROSNAH BINTI HJ. MAHMOOD
- BILANGAN ANAK : 14 ORANG
- NAMA PENUH : HAJI MOHAMEH BIN MAT AIL
- NO.KAD PENGENALAN : 550611-03-5007
- TARIKH LAHIR : 11.06.1955
- TEMPAT LAHIR : KAMPUNG BAYU BAYAM
- UMUR : 55 TAHUN
- KAMPUNG ASAL : KAMPUNG BAYU BAYAM
- ALAMAT KEDIAMAN : LOT 27A KAMPUNG BAUNG BAYAM,KOTA BHARU
KESIMPULAN
Berdasarkan keterangan diatas, jelaslah bahawa masjid mempunyai peranan yang besar kepada kehidupan kita.Selain peranan masjid sebagai tempat beribadah, masjid juga berperanan untuk pendidikan bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi untuk orang-orang dewasa contohnya majlis ilmu dari ilmu feqah hinggalah ilmu bacaaan Al-Quran.
Selain itu peranan lain seperti diatas, ini semua boleh menarik minat para muslimin dan muslimat."Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian ,serta yang tetap mendirikan solat ,menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain kepada Allah ,maka merekalah orang -orang yang dihadapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk"
At-Taubah Ayat 18
RUJUKAN
- Tuan Haji Yaacob Bin Awang
- Buku Profil Masjid Al-Husna Kampung Guchil Jalan Bayam 15200 Kota Bharu Kelantan.
Assalam sila update profile
ReplyDeleteAssalam sila update profile
ReplyDeleteCoin Casino Review 2021 | 125 FS Bonus - Casinowow
ReplyDeleteThe Coin Casino App 인카지노 is powered by Realtime Gaming, which offers an immersive live dealer experience that offers kadangpintar players a wide range of 제왕카지노